Selamat Datang ke website "A Formula Tutor". Kami menawarkan perkhidmatan 'Personal Tutor' ke rumah anda
RSS

Testimoni

UPSR 2012

Ini wajah anak didik saya Deanna Adleena di samping ibunya Puan Niza yang kelihatan gembira sebaik sahaja menerima keputusan yang CEMERLANG dalam UPSR 2012. Saya sebagai tutor, menumpang bangga walaupun sumbangan saya tidak seberapa berbanding usaha dan berkat doa restu keluarga pelajar ini. Saya bertemu dengan Deanna pada bulan 6 (kira-kira 3 bulan sebelum peperiksaan besar itu. Ketika itu keputusan peperiksaan pertengahan tahunnya kurang memuaskan. Pelajar dari Sekolah Kebangsaan Cyberjaya ini mendapat B untuk kebanyakan subjek dan matematik pula ialah C. Puan Niza meluahkan kegusaran hati beliau kepada saya. Saya tidak mampu menjanjikan sesuatu yang ajaib, namun saya berusaha untuk membantu Deanna. Pencapaiannya dalam peperiksaan percubaan UPSR meningkat. Dia Berjaya memperoleh 2A 3B. dia mendapat A dalam subjek Matematik dan Bahasa Inggeris. Peperiksaan UPSR semakin hampir, saya tidak jemu-jemu memberi dorongan dan tunjuk ajar sekadar yang mampu. Besar harapan saya semoga Allah permudahkan urusan pelajar ini menjawab peperiksaan. Ia berhasil. ALHAMDULILLAH.  









Fatin Amirah seorang pelajar yang konsisten. Sewaktu mendaftar di A Formula Tutor, hanya subjek Bahasa Inggeris sahaja yang B. Hanya sedikit pemantauan diperlukan kerana Fatin seorang yang rajin dan tekun. Fatin mendapat keputusan cemerlang 5A dalam UPSR 2012. Tahniah.
Apabila bertanya tentang perancangannya selepas ini, Fatin ingin melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah di sebuah sekolah berasrama penuh di Melaka. Keputusan ini mendapat galakan dan sokongan daripada kedua ibu bapanya. Semoga Fatin terus berjaya ke peringkat yang lebih tinggi. Aminn…



Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS