Selamat Datang ke website "A Formula Tutor". Kami menawarkan perkhidmatan 'Personal Tutor' ke rumah anda
RSS

Tutor

Profile Rate Career



PERANAN TUTOR

Tutor bukanlah berperanan seperti guru di sekolah apatah lagi menjadi pengganti kepada guru. Pendekatan yang diambil oleh seorang tutor juga berbeza berbanding guru. Tutor perlulah berperanan sebagai:


·       Perunding kepada pelajar khususnya dalam bidang akademik. Tutor perlu menyelidik masalah yang dihadapi oleh pelajar dan faktor yang menyukarkannya menguasai sesuatu subjek atau bab itu.

·       Pemudahcara yang mampu memberikan tips dan teknik terbaik kepada pelajar untuk memahami sesuatu topik dan cara untuk mengingatkannya.


·       Pendorong yang sentiasa memberikan semangat dan motivasi kepada pelajar terutamanya ketika pelajar berasa tertekan kerana hari peperiksaan semakin hampir.


Tutor tidak perlu mengajar dari A-Z dan mengulang semula setiap topik seperti yang telah diajari oleh guru di sekolah. Tutor juga tidak perlu mengupas buku teks dan buku rujukan satu persatu. Ini akan membuang masa pelajar. Sebaiknya, tutor perlu scan topik-topik yang belum dikuasai oleh pelajar dan kelemahan pelajar dalam subjek-subjek tertentu. Jika ini telah dilakukan, maka tentu sekali masa yang diambil akan jadi lebih singkat untuk mengatasi kelemahan pelajar tersebut.

Ibarat seorang doktor, sebelum mengubati pesakit, dia perlu memeriksa pesakitnya terlebih dahulu. Ini kerana setiap pesakit mempunyai masalah dan kondisi yang berbeza-beza. Setelah mengenalpasti penyakit tersebut, barulah doktor memberikan rawatan dan ubat kepada pesakit mengikut dos yang diperlukan. Kemudian, doktor akan membuat rawatan susulan untuk memastikan pesakit benar-benar telah sembuh dari penyakitnya.


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS