Selamat Datang ke website "A Formula Tutor". Kami menawarkan perkhidmatan 'Personal Tutor' ke rumah anda
RSS

A Formula Tutor

A FORMULA TUTOR mula ditubuhkan pada pertengahan tahun 2010 dan telah didaftarkan secara rasminya pada 5 Januari 2012 dengan nombor pendaftaran 002094312-A.

A Formula Tutor yang berpusat di Taman Equine, Seri Kembangan. Kami menyediakan khidmat Personal Tutor ke rumah pelajar. Namun begitu, kami bukanlah agensi yang hanya memadankan tutor dan pelajar semata-mata. Kami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkembangan pembelajaran para pelajar. Kami memantau prestasi setiap pelajar kami dan sentiasa berusaha untuk memberi perkembangan yang positif bukan sahaja dari segi akademik malah sahsiah pelajar juga diberi penekanan.


Bermula dengan tiga orang pelajar, kini A Formula telah mempunyai seramai 84 orang pelajar berdaftar. Kebanyakan tutor di A Formula mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dan pakar dalam bidang masing-masing. Tutor kami adalah berpengalaman dan terlatih untuk memastikan penyampaian dan perkongsian ilmu kepada pelajar lebih sistematik dan profesional.

Objektif utama A Formula Tutor adalah untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai penguasaan intelek yang cemerlang, emosi yang stabil serta rohani yang mantap. Kami bukanlah pusat tuisyen yang menyuapkan soalan-soalan bocor kepada pelajar. Sebaliknya kami menyediakan 'coach' yang membantu pelajar memahami pelajaran yang tertinggal di sekolah. Kami juga bertindak sebagai pihak ketiga yang membantu menyelesaikan masalah pelajar dalam bidang pendidikan.

~Our Relation~


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS