Selamat Datang ke website "A Formula Tutor". Kami menawarkan perkhidmatan 'Personal Tutor' ke rumah anda
RSS

Thursday 20 December 2012

30,474 calon PMR lulus semua A

AHLI perniagaan, Datuk Dr Zulkepli Mohamad, bersama tiga dari empat isterinya dan empat anaknya yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR (dari kiri) Juliana Azieera, 8A, Rafizah Senawi, Zul Azrul, 8A, Hasnah Mat Ya, Zul Azril, 7A, Noreeha Abdul Rahman dan Ayu Syaheera, 8A di Kubang Kerian semalam.Keputusan PMR telah diumumkan.Jika anda mambaca Berita Harian hari ini, di tulis seramai 30,474 calon PMR lulus semua A.Tahniah diucapkan bagi yang berjaya. Bagi yang kurang berjaya, jangan terus kecewa.Jadikan ini sebagai satu pembakar semangat agar semakin gigih berusaha dalam pelajaran.
Bagi yang berjaya, jangan lupa diri dan jangan jadikan tingkatan 4 sebagai "honeymoon time".Kerana kejayaan hidup seseorang bukan terletak pada berapa "A" yang diperoleh dalam peperiksaan, tetapi berapa banyak "DUIT"(Doa Usaha Ikhtiar Tawakal) yang kita laburkan pada "A"(Allah).Dan sebagai peringatan,sentiasa ingat ayat ini...
"Memangla kena usaha, tapi Rezeki ALLAH yang bagi" 
Dan jangan sesekali mengucapkan ayat ini..
"Memangla rezeki ALLAH yang bagi, tapi kena usaha jugak"
Ayat di atas walaupun nampak hampir sama, tetapi membawa 2 maksud yang amat berbeza . Ayat yang pertama, kita meletakkan ALLAH sebagai pertama dan paling utama dalam segala hal dan ayat kedua adalah sebaliknya.
Tak kira apa yang kita lakukan untuk berjaya, sentiasa utamakan ALLAH kerana DIA la yang memberi rezeki bukannya manusia.
Sumber:Berita Harian
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/30_474calonPMRlulussemuaA/Article/artikel 
  



Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday 5 December 2012

manfaatkan masa cuti sekolah


CUTI-CUTI JUGA...JANGAN TERLALU LEKA :)

Seronoknya cuti sekolah….
Hah, apa plan adik-adik? Tentu sekali banyak perancangan pada waktu cuti sekolah ni kan? Ada yang sudah mula balik kampung? Atau bercuti ke tempat idaman?

 Cuti sekolah sekarang memang jauh berbeza dengan zaman kami dahulu. Dulu, kami menggunakan sepenuhnya masa cuti sekolah ini dengan bermain sepuas hati. Aktiviti meredah hutan, memanjat pokok  dan berendam dalam sungai sudah menjadi aktiviti yang wajib apabila pulang ke kampung. Tak ketinggalan permainan seperti konda-kondi, galah panjang, tembak rusa,gelang getah dan lain-lain lagi. Rasa ingin kembali ke zaman kanak-kanak dahulu.
 
 Tentu ramai yang sudah atau akan pergi bercuti ke tempat – tempat menarik di dalam mahupun di luar Negara bukan? Masa inilah yang ditunggu – tunggu oleh ibu bapa untuk mengambil cuti panjang, membawa anak-anak makan angin. Ada yang ke Pulau Langkawi, Cameron Highland, Kinabalu Sabah dan mungkin juga ke tempat – tempat peranginan yang lain.


Namun begitu, cuti yang panjang ini janganlah disia-siakan begitu sahaja. Manfaatkanlah sebahagian dari masa tersebut dengan membuat persediaan menghadapi sesi persekolahan tahun hadapan. Ibu bapa juga perlu membantu anak – anak untuk mengenalpasti subjek – subjek yang lemah dan berusaha untuk memperbaikinya. Pelajar cemerlang pula biasanya sudah mula mengulangkaji pelajaran untuk silibus tahun hadapan sebagai persediaan awal. 
Selain itu, masa yang banyak juga boleh digunakan dengan menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh organisasi swasta seperti Kem Motivasi, Kem Kepimpinan, Kelas Mempertahankan Diri, Kelas Komunikasi Bahasa Inggeris dan sebagainya. Apa – apapun adik –adik haruslah memanfaatkan masa cuti sekolah ini dengan sebaiknya.. ingat, masa itu ibarat emas..





Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Friday 23 November 2012

selamat menempuhi kehidupan

KEHIDUPAN BERMULA SELEPAS SPM ??

Peperiksaan SPM 2012 akan berakhir pada awal bulan Disember nanti. Sudah pasti calon-calon SPM sudah tidak sabar untuk menantikan detik kemenangan tersebut. Mereka akan bebas dari alam persekolahan, tiada lagi uniform sekolah, loceng berbunyi, perhimpunan waktu pagi, spot check dan sebagainya. Teringat saya akan peristiwa yang berlaku pada hari tersebut kira-kira tujuh tahun yang lepas. Ada yang berlari keluar dewan sambil menjerit ‘merdeka’, ada yang melepaskan perasaan kepada tong sampah (tak pasti samada geram atau gembira). Diharap para pelajar hari ini lebih cool, keluar dewan dengan tenang dan senyuman yang terukir di wajah masing-masing. Sabar, ada lebih kurang dua minggu lagi.



Tentu sekali ada di antara mereka yang sudah merancang aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan sebaik sahaja kertas terakhir dihantar kepada pengawas peperiksaan. Pasti ramai yang bercadang ingin bekerja sementara menunggu keputusan peperiksaan diumumkan pada bulan Feb atau Mac tahun hadapan. Maklumlah, mereka ingin merasa memegang duit hasil titik peluh sendiri. Akan penuhlah pusat membeli belah, stesyen minyak, kedai-kedai buku, kedai-kedai makan dengan wajah-wajah muda lepasan sekolah ini.




Tidak kurang juga yang bercadang ingin bercuti memandangkan sebelum ini sudah bertungkus lumus menghadap buku siang dan malam. Keluar bersama rakan-rakan ke tempat yang mereka suka dan lakukan aktiviti-aktiviti yang mereka idam-idamkan selama ini. Kali ini, ibu bapa sudah tidak mampu melarang lagi. Anak-anak mempunyai alasan mereka sendiri. Namun, jangan lupa mengingatkan mereka tentang apa yang boleh dan apa yang tidak. 




Bagi mereka yang sudah menetapkan matlamat dan hala tuju selepas alam persekolahan, pasti mereka akan sibuk mempersiapkan diri untuk melangkah ke alam universiti. Mereka akan menyertai kursus-kursus seperti Kursus Komunikasi, IT, Pengurusan Diri, Jati Diri dan sebagainya. Ada juga yang sudah bersemangat untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, jadi mereka menggunakan masa tersebut untuk menyertai kelas-kelas pra universiti. Namun, bagi mereka yang terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara, masa cuti mereka akan diisi dengan aktiviti-aktiviti yang disediakan selama 3 bulan.




Apa-apa pun, berfikir dan berbincanglah sebelum membuat sebarang keputusan. Ya, anda telah meningkat dewasa. Ya, anda bukan budak-budak sekolah lagi. Tapi, orang tua makan garam lebih dahulu daripada anda. Jangan sesekali mengambil tindakan yang akan merugikan diri sendiri dan keluarga.

Selamat menempuhi kehidupan!


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday 21 November 2012

sayang anak, tangan-tangankan


KENAPA IBU BAPA CINA KURANG SUKA HANTAR ANAK KE SEKOLAH MAJORITI MELAYU ....
oleh: Dr Shukri Abdullah (pakar motivasi dan kecemerlangan pelajar)





Saya jumpa rakan saya berbangsa Cina baru-baru ini dan ketika berbicara mengenai pendidikan saya difahamkan ibubapa Cina kurang gemar hantar sekolah bersama pelajar majoriti Melayu kerana dua sebab:

A. Pelajar Melayu kata mereka ramai yang KURANG / TIADA DISIPLIN justeru mereka tidak mahu virus ini berjangkit kepada anak mereka. Pada bangsa Cina kata mereka DISIPLIN amat penting.


 
B. Bangsa Cina amat menghormati Guru. Malang sekali ibu bapa Melayu kerap juga ke sekolah marah / bermacam complain kepada guru kerana mengambil tindakan disiplin ke atas anak mereka. Memang sesetengah orang Melayu terlalu sayang anak sehingga sukar bagi guru untuk mendisiplin anak mereka yang ternyata tiada disiplin kerana terlalu dimanjakan.

Catatan:
Faktor A ... biar anda komen.
Faktor B dapat saya sahkan kebenarannya. Saya pernah pergi ceramah di SMK Kampung Raja di 

Cameron Highland di mana 90% pelajar Cina. Saya tanyakan beberapa guru perempuan Melayu yang baru graduate tidak sukar ke mengajar majoriti pelajar Cina. Kata mereka tiada masalah langsung kerana sikap pelajar Cina, kalau nak samseng pun ... bukan di sekolah tetapi di luar sekolah. Pantang ibu bapa mereka pelajar samseng atau ganggu guru-guru. Mereka respect guru.

APA BETUL MELAYU KURANG DISIPLIN DIBANDINGKAN DENGAN ORANG CINA ?

APA BETUL IBU BAPA MELAYU KURANG RESPECT GURU DIBANDINGKAN DENGAN IBU BAPA CINA
?



Komen saya:
Bukan semua pelajar Melayu tidak berdisiplin di sekolah. Masalah disiplin ini bukanlah masalah baru, ia berpunca dari banyak sebab antaranya ialah faktor didikan ibu bapa di rumah. Didikan awal dari rumah amat penting supaya pelajar dapat mengawal diri dari pengaruh rakan sebaya di sekolah. Peranan warga sekolah sebagai ‘rumah kedua’ juga sama penting.
Sebagai guru tuisyen juga, saya mempunyai pengalaman yang sama. Ibu bapa Melayu terlalu sayang akan anak mereka, kadang-kadang saya lihat tidak bertempat. Saya ambil contoh, teguran yang sama diberikan kepada dua ibu bapa berbeza tentang sikap anaknya yang tidak menyiapkan tugasan yang diberi.
Ibu bapa Melayu: Anak saya beritahu kerja di sekolah sangat banyak.  Patutnya di kelas tuisyen tak perlu ada homework. Ini membebankan pelajar.
Ibu bapa Cina: takpe, cikgu bagi je kerja banyak2. Dia sangat playfull di rumah, tengok tv sahaja. Nanti saya paksa dia buat dia punya homework.
Jadi, sama-sama lah kita fikir-fikirkan untuk masa depan anak-anak kita yang lebih cemerlang.
**sayangkan anak tangan-tangankan


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CARA MEMILIH PERKHIDMATAN TUISYEN TERBAIK

CARA MEMILIH PERKHIDMATAN TUISYEN TERBAIK

Ibu bapa pada hari ini sememangnya inginkan pilihan yang terbaik untuk anak-anak mereka, tidak kiralah dari segi makanan, pakaian, kediaman dan sebagainya. Ini termasuklah dalam bidang pendidikan yang sangat diambil berat oleh golongan ibu bapa.

Kini, cabaran ibu bapa adalah untuk menentukan khidmat kelas tuisyen terbaik untuk anak-anak mereka. Mereka menyedari bahawa anak mereka memerlukan kelas bimbingan tambahan di luar waktu persekolahan. Hal ini disebabkan persaingan untuk menempatkan diri dalam Sekolah Berasrama Penuh, Kolej dan Universiti amat sengit. Namun begitu, terlalu banyak pusat tuisyen, kelas persendirian dan juga berkumpulan yang ditawarkan menyebabkan ibu bapa berasa keliru untuk memilih yang terbaik.
Kepada ibu bapa, terdapat beberapa cara untuk membantu anda membuat keputusan yang tepat untuk anak anda.

1)    Berbincang dengan guru kelas atau guru mata pelajaran anak anda di sekolah. Cara ini dapat memberi sedikit pencerahan tentang masalah yang dihadapi oleh anak anda di sekolah dan langkah yang terbaik untuk mengatasinya. Minta bantuan guru tersebut sekiranya mampu memberi extra kelas di luar waktu persekolahan atau guru/tutor lain yang boleh diperkenalkan kepada anda.

2)    Membuat perbandingan serba sedikit tentang pusat tuisyen di kawasan perumahan anda. Kriteria yang perlu anda kenalpasti ialah seperti rekod pencapaian pusat tuisyen itu, bilangan pelajar dalam setiap kelas, keadaan kelas, guru yang mengajar, lokasi pusat tuisyen dan tentu sekali yuran yang dikenakan untuk pakej yang ditawarkan.

3)     Seterusnya, anda perlulah berbincang sendiri dengan anak anda. Anda perlu mengetahui kelebihan dan kelemahannya dalam subjek-subjek tertentu. Selain itu, anda tentu tahu penglibatan anak anda di dalam kelas. Jika anak anda seorang yang pemalu, tentu sahaja dia tidak memerlukan kelas yang ramai. Mungkin dia memerlukan bimbingan secara individu.

4)    Jika anda memilih untuk mempunyai tutor persendirian yang datang mengajar ke rumah anda, anda perlu menyelidiki latar belakang pendidikannya terlebih dahulu, pengalaman mengajar dan mungkin testimoninya. 

5)    Anda juga disarankan berada di rumah ketika kelas pertama dijalankan dan kelas-kelas berikutnya (jika boleh) untuk memastikan guru tersebut boleh membantu meningkatkan prestasi anak anda.

6)    Akhir sekali, anda perlu bertanya kepada anak anda tentang pandangannya terhadap guru tersebut. Sekiranya anak anda memberikan respon positif, anda hanya perlu memastikan ada peningkatan pada prestasi akademik anak anda di sekolah. Sebaliknya, jika anak anda memberikan respon negatif, anda boleh berbincang semula dengan guru tersebut dan mengambil alternatif lain.





Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS