Selamat Datang ke website "A Formula Tutor". Kami menawarkan perkhidmatan 'Personal Tutor' ke rumah anda
RSS

Wednesday 21 November 2012

CARA MEMILIH PERKHIDMATAN TUISYEN TERBAIK

CARA MEMILIH PERKHIDMATAN TUISYEN TERBAIK

Ibu bapa pada hari ini sememangnya inginkan pilihan yang terbaik untuk anak-anak mereka, tidak kiralah dari segi makanan, pakaian, kediaman dan sebagainya. Ini termasuklah dalam bidang pendidikan yang sangat diambil berat oleh golongan ibu bapa.

Kini, cabaran ibu bapa adalah untuk menentukan khidmat kelas tuisyen terbaik untuk anak-anak mereka. Mereka menyedari bahawa anak mereka memerlukan kelas bimbingan tambahan di luar waktu persekolahan. Hal ini disebabkan persaingan untuk menempatkan diri dalam Sekolah Berasrama Penuh, Kolej dan Universiti amat sengit. Namun begitu, terlalu banyak pusat tuisyen, kelas persendirian dan juga berkumpulan yang ditawarkan menyebabkan ibu bapa berasa keliru untuk memilih yang terbaik.
Kepada ibu bapa, terdapat beberapa cara untuk membantu anda membuat keputusan yang tepat untuk anak anda.

1)    Berbincang dengan guru kelas atau guru mata pelajaran anak anda di sekolah. Cara ini dapat memberi sedikit pencerahan tentang masalah yang dihadapi oleh anak anda di sekolah dan langkah yang terbaik untuk mengatasinya. Minta bantuan guru tersebut sekiranya mampu memberi extra kelas di luar waktu persekolahan atau guru/tutor lain yang boleh diperkenalkan kepada anda.

2)    Membuat perbandingan serba sedikit tentang pusat tuisyen di kawasan perumahan anda. Kriteria yang perlu anda kenalpasti ialah seperti rekod pencapaian pusat tuisyen itu, bilangan pelajar dalam setiap kelas, keadaan kelas, guru yang mengajar, lokasi pusat tuisyen dan tentu sekali yuran yang dikenakan untuk pakej yang ditawarkan.

3)     Seterusnya, anda perlulah berbincang sendiri dengan anak anda. Anda perlu mengetahui kelebihan dan kelemahannya dalam subjek-subjek tertentu. Selain itu, anda tentu tahu penglibatan anak anda di dalam kelas. Jika anak anda seorang yang pemalu, tentu sahaja dia tidak memerlukan kelas yang ramai. Mungkin dia memerlukan bimbingan secara individu.

4)    Jika anda memilih untuk mempunyai tutor persendirian yang datang mengajar ke rumah anda, anda perlu menyelidiki latar belakang pendidikannya terlebih dahulu, pengalaman mengajar dan mungkin testimoninya. 

5)    Anda juga disarankan berada di rumah ketika kelas pertama dijalankan dan kelas-kelas berikutnya (jika boleh) untuk memastikan guru tersebut boleh membantu meningkatkan prestasi anak anda.

6)    Akhir sekali, anda perlu bertanya kepada anak anda tentang pandangannya terhadap guru tersebut. Sekiranya anak anda memberikan respon positif, anda hanya perlu memastikan ada peningkatan pada prestasi akademik anak anda di sekolah. Sebaliknya, jika anak anda memberikan respon negatif, anda boleh berbincang semula dengan guru tersebut dan mengambil alternatif lain.





Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment