Selamat Datang ke website "A Formula Tutor". Kami menawarkan perkhidmatan 'Personal Tutor' ke rumah anda
RSS

Tuesday 20 November 2012

Tuisyen Ohh Tuisyen...



Adakah kelas tuisyen suatu kemestian?
Tentu sekali TIDAK. Kebanyakan guru tuisyen termasuk saya juga tidak pernah menghadiri kelas tuisyen pada zaman persekolahan dahulu. Namun pada hari ini, situasinya amat berbeza. Ibu bapa berasa seperti tidak lengkap dan kurang sempurna sekiranya tidak menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen. Hal ini desebabkan fenomena menghadiri kelas tuisyen ini dilihat seperti suatu kewajipan kepada para pelajar sehingga boleh diumpamakan makan nasi tanpa lauk.

Adakah sesi pembelajaran di sekolah tidak mencukupi?
Bagaimana mungkin? Guru-guru yang menjadi warga pendidik di sekolah kesemuanya terlatih. Mereka mempunyai teknik mengajar yang baik dalam bidang masing-masing. Jika tidak masakan ada pelajar yang memperoleh keputusan yang cemerlang dalam sekolah itu. 

Jadi, apakah masalahnya?
Masalahnya ada dalam diri pelajar itu sendiri. Penumpuan di dalam kelas amat penting. Pelajar yang menumpukan sepenuh perhatian dalam kelas pasti mampu memahami apa yang diajarkan oleh guru di hadapan. Atau paling tidak sekalipun, pelajar tersebut mengetahui part mana yang tidak difahaminya.
Gangguan oleh rakan sebaya juga salah satu puncanya. Mana tidaknya, time cikgu sedang mengajar di hadapan, time itu jugalah dia sibuk nak bertanya kepada kawan tentang itu dan ini. Dah dia tidak minat belajar, kawan yang lain diganggunya.


Tidak keterlaluan jika saya menganggap bahawa teknologi masa kini juga sebagai suatu gangguan. Nak nak lagi apabila telefon bimbit boleh dibawa ke sekolah. Jika tidak dibenarkan sekalipun, pelajar tetap akan curi-curi untuk bawa, inikan pula jika dibenarkan. Handphone canggih yang dilengkapi berpuluh application yang pastinya panjang untuk disenaraikan membuatkan pelajar lebih leka mengulitnya. Jadi tidak hairanlah mengapa pelajar tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas. 

Maka, bagaimana untuk menyelesaikannya?
Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa. Jika dihuraikan satu persatu, tentunya entri kali ini akan dilihat sama seperti karangan Bahasa Melayu SPM. Jalan pintas yang sering diambil oleh ibu bapa ialah menghantar anak-anak ke pusat tuisyen dengan harapan masalah di atas akan selesai. Mereka sanggup sama sekali untuk membelanjakan ratusan malah ribuan ringgit sebulan semata-mata untuk hands over the problem. Sudahnya, masalah yang sama berulang lagi. Saya tidak menyalahkan pusat tuisyen. Memang ada pusat tuisyen yang benar-benar berkualiti. Tapi, tidak kurang juga yang ingin mengaut keuntungan semata-mata.
Cara yang terbaik adalah dengan mendidik anak itu sendiri dengan menerangkan bahawa sikap yang akan menentukan prestasi pelajar di sekolah. Kesedaran tentang peri pentingnya, memberi tumpuan dalam kelas, menghormati guru, menguruskan masa dan sebagainya perlu ditanam dalam diri pelajar dari awal lagi. Ibu bapa juga perlu memberikan semangat dan motivasi kepada anak-anak dan menghargai usaha mereka. Langkah ini dilihat amat klise dan mungkin akan mengambil masa yang panjang, tapi itulah yang sebenarnya.

Bebalik kepada soalan yang pertama, adakah tuisyen itu suatu kemestian?
Tuisyen bukan pengganti kepada sesi pembelajaran di sekolah. Ia hanya sebagai pelengkap sahaja.  Kelas tambahan mungkin perlu bagi:
·        Pelajar yang ingin tahu lebih dari apa yang terkandung dalam silibus di sekolah
·        Pelajar yang terlalu aktif dan sering mewakili sekolah dalam kokurikulum misalnya. Jadi, mungkin pelajar ini tercicir banyak bab yang diajar oleh guru.
·        Pelajar yang slow learner. Pelajar ini memerlukan masa yang lama dan berulang-ulang untuk memahami sesuatu pelajaran.



Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment