Selamat Datang ke website "A Formula Tutor". Kami menawarkan perkhidmatan 'Personal Tutor' ke rumah anda
RSS

Wednesday 5 December 2012

manfaatkan masa cuti sekolah


CUTI-CUTI JUGA...JANGAN TERLALU LEKA :)

Seronoknya cuti sekolah….
Hah, apa plan adik-adik? Tentu sekali banyak perancangan pada waktu cuti sekolah ni kan? Ada yang sudah mula balik kampung? Atau bercuti ke tempat idaman?

 Cuti sekolah sekarang memang jauh berbeza dengan zaman kami dahulu. Dulu, kami menggunakan sepenuhnya masa cuti sekolah ini dengan bermain sepuas hati. Aktiviti meredah hutan, memanjat pokok  dan berendam dalam sungai sudah menjadi aktiviti yang wajib apabila pulang ke kampung. Tak ketinggalan permainan seperti konda-kondi, galah panjang, tembak rusa,gelang getah dan lain-lain lagi. Rasa ingin kembali ke zaman kanak-kanak dahulu.
 
 Tentu ramai yang sudah atau akan pergi bercuti ke tempat – tempat menarik di dalam mahupun di luar Negara bukan? Masa inilah yang ditunggu – tunggu oleh ibu bapa untuk mengambil cuti panjang, membawa anak-anak makan angin. Ada yang ke Pulau Langkawi, Cameron Highland, Kinabalu Sabah dan mungkin juga ke tempat – tempat peranginan yang lain.


Namun begitu, cuti yang panjang ini janganlah disia-siakan begitu sahaja. Manfaatkanlah sebahagian dari masa tersebut dengan membuat persediaan menghadapi sesi persekolahan tahun hadapan. Ibu bapa juga perlu membantu anak – anak untuk mengenalpasti subjek – subjek yang lemah dan berusaha untuk memperbaikinya. Pelajar cemerlang pula biasanya sudah mula mengulangkaji pelajaran untuk silibus tahun hadapan sebagai persediaan awal. 
Selain itu, masa yang banyak juga boleh digunakan dengan menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh organisasi swasta seperti Kem Motivasi, Kem Kepimpinan, Kelas Mempertahankan Diri, Kelas Komunikasi Bahasa Inggeris dan sebagainya. Apa – apapun adik –adik haruslah memanfaatkan masa cuti sekolah ini dengan sebaiknya.. ingat, masa itu ibarat emas..





Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment